Kena Tangkap Laga Ikan - Media Shah Alam

Header Ads

Kena Tangkap Laga Ikan

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

KEMAMAN 26 Feb.- Ketika orang ramai berpusu ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, mereka sebaliknya menuju ke dalam semak di Kampung Air, Mak Cili dekat sini untuk menyabung ikan laga.

Mereka berkumpul di situ dengan membawa ikan masing-masing untuk bertaruh, namun perilaku buruk mereka itu dapat dijejak oleh pihak berkuasa.

Seramai 12 orang daripada 20 orang kaki judi itu yang sedang asyik melihat aksi ikan tanpa menyedari kehadiran polis berjaya ditahan dalam serbuan yang dilakukan kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Said Ibrahim berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat orang ramai, dan ini merupakan kes pertama perjudian menyabung ikan daerah ini yang dilaporkan.

Kesemua mereka yang berusia 24 hingga 72 tahun dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu kes disebut di mahkamah dalam masa terdekat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 7 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali jika disabit

kesalahan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.