Kerajaan PKR Selangor Dibidas Berpolitik di Sekolah - Media Shah Alam

Header Ads

Kerajaan PKR Selangor Dibidas Berpolitik di Sekolah

HULU SELANGOR 25 Feb. – Kerajaan PKR Selangor dibidas kerana berpolitik dalam memberikan bantuan persekolahan di sekolah kebangsaan dan sekolah agama di negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, terdapat wakil rakyat pakatan pembangkang didapati berkempen dengan meletakkan gambar mereka di meja dan kerusi di sekolah-sekolah di Selangor.

Malah, Noh memberitahu, terdapat sekolah di Selangor menerima arahan daripada pihak tertentu agar tidak membenarkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) memberikan bantuan di sekolah agama di Selangor.

“Selama 22 tahun saya sebagai ahli parlimen, banyak sekolah telah saya bantu tetapi tidak pernah saya letak gambar di meja dan kerusi.

“Apabila kita tegur sikap pembangkang, mereka cakap kita tidak profesional namun jika mereka sedemikian, mereka tak akan letak gambar wakil rakyat sendiri di kerusi dan meja sekolah,” katanya ketika berucap pada program Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung di sini malam ini.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut menempelak Kerajaan PKR Selangor kerana menggunakan duit rakyat bagi membenci kerajaan.

“Di Selangor ini sudah caca-marba sebab mereka terus hasut rakyat, tak cukup dengan media sosial, mereka guna ceramah dan akhbar Selangorkini untuk hasut rakyat dengan berita tidak tepat yang diedarkan di masjid-masjid,” jelasnya.

(Utusan Online)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.