KLIA Bebas Bahan Kimia Berbahaya - Media Shah Alam

Header Ads

KLIA Bebas Bahan Kimia Berbahaya

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

SEPANG 26 Feb.- Polis mengesahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bebas daripada sebarang pencemaran bahan berbahaya dan diisytiharkan sebagai tempat yang selamat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata, perkara itu disahkan selepas pihaknya melakukan operasi bersepadu di KLIA2 untuk mengesan sisa radioaktif di lokasi pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.

“Operasi bersepadu lebih satu jam itu dijayakan oleh Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB).

“Semua lokasi berkaitan di KLIA2 telah diperiksa dalam operasi tersebut, operasi ini dilaksanakan selepas polis mendapat keputusan daripada Jabatan Kimia berhubung jenis racun yang digunakan dalam kes pembunuhan Jong-nam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di KLIA2 selepas meninjau operasi mengesan sebarang pencemaran termasuk daripada bahan kimia Agen Saraf VX, operasi tersebut bermula 1.45 pagi dan tamat pada pukul 3 pagi.

Antara kawasan yang periksa ialah ruang legar balai pelepasan dalam negeri dan antarabangsa KLIA2, tandas wanita di aras dua dan juga klinik menara yang menjadi lokasi Jong-nam mendapatkan rawatan awal.

Menurut Abdul Samah, pihaknya juga tidak menemui sebarang sisa bahan kimia di KLIA2, oleh itu orang ramai tidak perlu bimbang dan gusar untuk berurusan di terminal tersebut untuk ke mana-mana lokasi kerana kawasan itu selamat.-UTUSAN ONLINE

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.