KUMPULAN BASIKAL AKUR - Media Shah Alam

Header Ads

KUMPULAN BASIKAL AKUR

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

JOHOR BAHRU: Kumpulan remaja berbasikal yang dikatakan mahu menganjurkan perhimpunan di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru di sini, hari ini, akur dengan arahan pihak polis.

Tinjauan BH di kawasan awam berkenaan mendapati tiada aktiviti menjurus kepada perhimpunan berbasikal dilihat manakala beberapa anggota polis dan trafik berkawal sekitar dataran itu.

Penganjuran perhimpunan itu menjadi viral dalam laman Facebook selepas beberapa kenyataan dimuat naik dikongsi sejak kelmarin hingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat, ketika dihubungi berkata pihak polis sentiasa bersiap-siaga dengan sebarang kemungkinan di kawasan dataran berkenaan.

Rabu lalu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, dalam satu kenyataan mengingatkan orang ramai terutama kumpulan berbasikal untuk tidak menganjur atau terbabit dengan mana-mana perhimpunan.

Katanya, mereka boleh ditahan mengikut Seksyen 9(1) dan 4 (2)(a) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.

(BHONLINE)

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.