Malaysia dan Arab Saudi Tandatangi MOU Ekonomi - Media Shah Alam

Header Ads

Malaysia dan Arab Saudi Tandatangi MOU Ekonomi

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

PUTRAJAYA – Malaysia dan Arab Saudi hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang kerjasama ekonomi kedua-dua negara.

MoU tersebut ditandatangani oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Negeri Arab Saudi, Dr. Ibrahim Al Hassaf sempena lawatan rasmi Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia.

Kata Mustapa, MoU tersebut bertujuan untuk menggalakkan kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, terutamanya dalam lima bidang utama iaitu penjagaan kesihatan, pembinaan, pendidikan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta industri halal.

“Ini adalah satu langkah ke depan yang diharapkan dapat menarik lebih banyak peluang perdagangan antara kedua-dua negara dan mempelbagaikan lagi bidang import dan eksport.

“Kita berharap untuk mendapat manfaat perdagangan yang lebih banyak termasuk sektor perkhidmatan, ekonomi digital dan pelancongan,” katanya melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. – K! ONLINE

(Kosmo)

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.