Malaysia Sambut Baik Arab Saudi Tambah Biasiswa - Media Shah Alam Malaysia Sambut Baik Arab Saudi Tambah Biasiswa - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Selasa, 28 Februari 2017

Malaysia Sambut Baik Arab Saudi Tambah Biasiswa

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyambut baik komitmen kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan jumlah pemberian biasiswa penuh pelajar Malaysia ke negara tersebut.

Perdana Menteri berkata, ketika ini kira-kira 100 pelajar Malaysia menerima manfaat pembiayaan pendidikan itu.

Menurutnya, perancangan itu akan memberi peluang dan menggalakkan lebih ramai pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

“Ia juga akan menambah peruntukan RM4.3 bilion biasiswa yang telah kerajaan sediakan di bawah Bajet 2017 untuk pelajar Malaysia.

“Insya-Allah, saya percaya para pelajar Malaysia akan mendapat banyak manfaat daripada semua ini,” katanya dalam status Facebook miliknya hari ini.

Najib mengulas langkah kerajaan Arab Saudi hari ini yang akan meningkatkan jumlah pemberian biasiswa penuh bagi pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian di negara tersebut, tahun depan.

Ketua Perwakilan Kebudayaan di Kedutaan Diraja Arab Saudi di sini, Dr. Zayed Al-Harirthi berkata, keputusan menambah jumlah biasiswa adalah berdasarkan lebih 300 permohonan diterima daripada pelajar Malaysia tahun lepas. – UTUSAN ONLINE



Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Malaysia Sambut Baik Arab Saudi Tambah Biasiswa Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam