Orang Bodoh Tuduh"Melayu Bodoh Sokong Umno" - Media Shah Alam

Header Ads

Orang Bodoh Tuduh"Melayu Bodoh Sokong Umno"

'Melayu bodoh sokong UMNO' satu ungkapan biasa ditonton di laman sosial masa kini,sama ada sedar atau tidak,ungkapan itu hadir dari hati orang kecewa setelah melihat kegagalan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan hari ini.

Melayu yang dikatakan bodoh dalam UMNO jugalah menyediakan segala pasarana untuk keselesaan rakyat.

Harapkan pembangkang,pembangkang masih lagi bertelagah mengenai logo parti yang lebih layak dipilih untuk parti dalam barisan Pakatan Harapan guna bagi menentang Barisan Nasional pada PRU14 dengan satu logo.

Kalau cerdik,dah lama selesai masalah itu,sedangkan Melayu yang dikatakan bodoh kerana sokong UMNO terus membantu dan membangun apa yang patut dibangunkan demi rakyat.

Sekiranya pemimpin Melayu dalam pembangkang cerdik mereka sudah berjaya memujuk PAS menyertai Pakatan Harapan.

Untuk mendapat sokongan pemimpin PAS sudah sukar,bagaimana mereka mahu mentadbir negara yang rakyatnya puluhan kali ganda daripada keseluruhan ahli parti pembangkang.

'Melayu bodoh sokong UMNO' dengan 'Melayu cerdik tidak sokong UMNO' bukan satu ancaman bagi UMNO-BN.
Yang mengaku cerdik tidak mampu buat apa-apa melainkan melalak siang malam tanpa tujuan lain selain untuk sebuah sokongan.

Kiranya Melayu dalam pembangkang cerdik sudah pasti kecerdikan itu digunakan untuk menarik sokongan tanpa rekayasa fitnah terhadap apa yang disediakan kerajaan kepada rakyat.

Penipuan demi penipuan semakin kelihatan,apabila peningkatan harga barang keperluan digunakan sebagai senjata untuk menipu rakyat,sedangkan dari awal negara merdeka rakyat sudah memilih 6 perdana menteri dan harga barang keperluan juga bukanya turun harga atau lebih murah.

Fakta tidak menunjukkan setiap kali ketua kerajaan baharu dilantik,harga barang keperluan akan menjadi lebih murah daripada sebelum.

Oleh kerana terlebih cerdik,Melayu yang sokong pembangkang tuduh pula 'Melayu sokong UMNO adalah Melayu bodoh'.

Memang bodoh orang yang mengatakan 'Melayu bodoh sokong UMNO'.Kalau mereka cerdik dah lama Allah pilih kumpulan yang mengaku cerdik menerajui negara.-Hote Kelate

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.