Pas Boleh Duduk Satu Pentas Dengan PPBM - Media Shah Alam

Header Ads

Pas Boleh Duduk Satu Pentas Dengan PPBM

KOTA BHARU - Pas tidak mempunyai sebarang masalah untuk berada di satu pentas dengan Bersatu, kata Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob.

Bagaimanapun, beliau berkata, sehingga kini, tidak ada sebarang arahan atau keputusan untuk mengadakan kerjasama dengan Bersatu.

“Setakat ini kita tiada keputusan muktamad untuk bekerjasama dengan Bersatu, cuma untuk duduk pada satu pentas… itu tiada halangan.


“Apapun, di peringkat pusat mahupun negeri, masih belum ada keputusan mengenainya,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelepasan Riadah Berbasikal Bersama Kakitangan Awam Kelantan di Kota Darul Naim, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Pas masih kekal dengan keputusan untuk tidak berkerjasama dengan Amanah dan DAP dalam apa jua keadaan.

“Sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Syura sebelum ini, apa-apa kerjasama dengan Amanah dan DAP tidak dibenarkan.

Mengulas mengenai wujud desas-desus mengatakan ada kerjasama antara Amanah dan Umno, Ahmad berkata, beliau tidak mengetahuinya, tetapi mengakui ada terdengar mengenainya.

"Walaupun perkara ini tidak ada sesiapa yang memberikan kenyataan jelas, tetapi kita sentiasa memantaunya.

“Pas sebagai sebuah parti politik matang sentiasa berwaspada supaya penyokong kita tidak terpengaruh dengan usaha Amanah dan Umno,” katanya.-Sinar Harian

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.