PAS Masih Pertimbang Tawaran PPBM - Media Shah Alam

Header Ads

PAS Masih Pertimbang Tawaran PPBM

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

ALOR SETAR: PAS belum membuat keputusan muktamad sama ada akan bekerjasama atau tidak dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya masih berunding dengan cadangan yang dinyatakan Timbalan Presiden PPBM mahu menjalin 'pakatan pilihan raya' dengan PAS bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

"Kami masih berunding dan masa diperlukan kerana perlu mencari penyelesaian yang terbaik dan cadangan PPBM belum dimuktamadkan lagi.

"PAS pernah bersama Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974 dan dengan pakatan pembangkang pula sejak 1980-an, maka kita mempunyai pengalaman yang cukup banyak dan luas.

"Apabila melihat era sekarang, Malaysia mempunyai kira-kira 50 parti politik berdaftar dan kita kena pilih seperti mana PAS masih bekerjasama secara tahaluf siyasi dengan PKR," katanya sebelum mempengerusikan mesyuarat panitia induk penganjuran Muktamar PAS Pusat ke-63 di Kompleks PAS Kedah di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah bahawa PPBM mahu menjalin 'pakatan pilihan raya' dengan PAS bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada PRU-14 akan datang.

Takiyuddin berkata, PAS bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja kecuali DAP ataupun Parti Amanah Negara (PAN). "Apa jua bentuk kerjasama atau program, PAS boleh pertimbangkan selagi DAP dan PAN tidak menyertainya," katanya.


Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.