Peduduk Rohingya Mati Dalam Tahanan - Media Shah Alam

Header Ads

Peduduk Rohingya Mati Dalam Tahanan

YANGON  Feb. – Pasukan ke­selamatan Myanmar sedang menyiasat punca kematian lapan penduduk Rohingya yang berada di dalam tahanan pihak berkuasa tempatan baru-baru ini.

Kesemua mereka adalah antara beratus-ratus tahanan yang ditangkap ketika tentera menjalankan ‘operasi pembersihan’ di utara negeri Rakhine sejak empat bulan lalu selepas kumpulan militan menyerang pos sempadan polis.

Jurucakap Myanmar, Zaw Htay berkata, dua pasukan telah ditugaskan ke Maungdaw bagi menyiasat kes kematian berkenaan tanpa memberikan sebarang mak­­lumat lanjut.


“Polis telah membentuk pasu­kan penyiasatan di samping pi­hak tentera. Mereka sedang menyia­sat sama ada aduan yang kami terima adalah betul atau palsu,” katanya.

Ekoran operasi pembersihan tersebut, seramai 73,000 penduduk Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menyifatkan operasi berkenaan bertujuan untuk menutup panda­ngan masyarakat dunia mengenai ke­kejaman tentera Myanmar yang merogol dan membunuh pen­duduk Rohingya di Rakhine.

Menambahkan lagi dakwaan tersebut, beberapa pelarian Ro­hingya yang ditemu bual oleh anggota penyiasat PBB di Bangladesh menceritakan mereka pernah ditahan dan kemudian dipukul serta diseksa ketika berada dalam tahanan.

Kerajaan Myanmar telah berjanji untuk menyiasat dakwaan tersebut selepas berbulan-bulan menafikan laporan berkenaan daripada kumpulan hak asasi manusia dan media tempatan. – AFP

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.