Pembesar Suara Gergasi Umum Kematian Kim Jong-nam - Media Shah Alam

Header Ads

Pembesar Suara Gergasi Umum Kematian Kim Jong-nam

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

SEOUL - KOREA SELATAN. Korea Selatan didakwa menggunakan pembesar suara gergasi di sempadan antara negaranya dan Korea Selatan.

Memetik laporan New York Post.com, penggunaan pembesar suara itu dibuat bagi memastikan butir-butir pembunuhan dramatik rakyat Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) minggu lalu disampaikan secara jelas, merentasi sempadan mereka.

Difahamkan, tindakan itu dibuat bagi memastikan rakyat Korea Utara tahu tentang tragedi yang berlaku ke atas Jong-nam.

Jong-nam berada di KLIA2 dekat sini pada 13 Februari sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya dilap dengan cecair beracun.

Beliau dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Kerajaan Korea Utara sebelum ini tidak mengeluarkan kenyataan berhubung kematian Jong-nam, bagaimanapun baru-baru ini mengeluarkan tuduhan dan mengkritik siasatan Malaysia tanpa mengenal pasti Jong-nam sebagai mangsa.

"Kim Jong-nam meninggal dunia selepas diserang oleh dua wanita yang tidak dikenali di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Malaysia.

"Pihak berkuasa Malaysia berkata empat suspek adalah warga Korea Utara termasuk seorang yang telah ditangkap," kata mesej tersebut seperti yang dirakam daripada pembesar suara milik Korea Selatan dan rakaman tersebut disiarkan oleh stesen televisyen tempatan negara itu.

Difahamkan lagi, Korea Utara sangat mengehadkan penyebaran berita luar ke dalam mereka.-Sinar Harian

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.