Pembunuhan Ko Ni Aung San Suu Kyi Bersuara - Media Shah Alam Pembunuhan Ko Ni Aung San Suu Kyi Bersuara - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Isnin, 27 Februari 2017

Pembunuhan Ko Ni Aung San Suu Kyi Bersuara

YANGON 26 Feb. – Selepas hampir sebulan berdiam diri, pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi akhirnya “bersuara” susulan kes pembunuhan penasihatnya yang juga peguam beragama Islam, Ko Ni.

“Kematian Ko Ni adalah satu kehilangan besar untuk Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) kerana beliau telah lama berkhidmat dengan parti ini walaupun menganut kepercayaan yang berbeza,” kata Suu Kyi hari ini.

Ko Ni ditembak mati di luar Lapangan Terbang Yangon pada 29 Januari lalu oleh seorang penyerang yang dipercayai pembunuh upahan.

Turut terbunuh dalam kejadian itu ialah seorang pemandu teksi, Ne Win yang didakwa cuba menghalang tembakan berkenaan. -AFP

(Utusan Online)


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Pembunuhan Ko Ni Aung San Suu Kyi Bersuara Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam