Pemuda UMNO Cabar Armada PPBM Berdebat - Media Shah Alam

Header Ads

Pemuda UMNO Cabar Armada PPBM Berdebat

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

KUALA LUMPUR - Pemuda Umno menyokong titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang menyifatkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai pemimpin politik yang melampaui batas.

Menurut Exco Pemudanya, Sheikh Nafiq Alfirdaous Sheikh Abd Rahman, titah baginda itu bertepatan tatkala bekas perdana menteri itu terlalu lancang melemparkan tuduhan ke atas negeri Johor khasnya dan Kerajaan Pusat amnya.

Beliau berkata, tuduhan demi tuduhan tidak berasas yang dibuat Mahathir terhadap Johor memaksa Sultan Ibrahim bertitah secara terbuka supaya pemimpin veteran itu menghentikan segala tohmahan.

"Sebagai Bangsa Johor dan pemimpin Pemuda Umno, saya menyokong dengan sepenuh hati titah tuanku Sultan Johor supaya Tun M berhenti membuat tuduhan dan cerita-cerita tidak benar mengenai Johor.

"Nak berpolitik boleh tapi jangan melampaui batas sehingga mengguris hati raja-raja Melayu khususnya Sultan Ibrahim," katanya.

Hari ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilaporkan membidas Mohamad yang mendakwa negeri itu 'menyerahkan tanah kepada orang Cina' dengan menyifatkan ahli politik veteran itu telah 'melampaui batas'.

Dalam temu bual eksklusif dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang disiarkan semalam, Sultan Johor dilaporkan bertitah, baginda 'amat tersinggung dan disakiti' dengan beberapa ulasan Mahathir yang dibuat sejak beberapa minggu yang lalu.

Jelas Sheikh Nafiq yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Pulai lagi, apabila Sultan Johor mengatakan baginda tersinggung dan hati telah disakiti dengan perbuatan Tun M itu, maka bermakna pemimpin Bersatu itu juga telah melukai hati keseluruhan Bangsa Johor tanpa mengira kaum dan agama.

"Umum tahu Sultan Ibrahim amat jarang untuk bertitah hal berkaitan dengan politik negara, namun sikap melampaui batas Tun M menuduh macam-macam terhadap negeri baginda pastikan mencabar kesabaran tuanku.

"Jadi saya menyeru seluruh Bangsa Johor tak kira apa fahaman politik, keturunan atau agama, ayuh kita bersatu teguh mempertahankan kedaultan negeri dan sultan agar tidak mudah diperlekehkan oleh orang lain," ujarnya.

Manakala seorang lagi Exco Pemuda Umno, Shahril Hamdan turut membidas tingkah laku Pengerusi Bersatu itu yang sanggup melemparkan pelbagai tuduhan palsu terhadap Johor dengan hanya bersandarkan kepada laporan media barat, iaitu sesuatu perkara yang Tun M terlalu anti suatu masa dahulu.

Jelas beliau, Tun M sebagai bekas pemimpin besar negara sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada generasi muda dan bukannya cepat lupa dengan pendirian sendiri.

"Barangkali Tun M dah lupa bahawa ketika dia memerintah dulu dia selalu minta rakyat jangan mudah percaya dengan laporan media barat didakwa ada agenda jahat terhadap Malaysia. Tapi hari ini beliau sendiri berhujah dan buat pelbagai tuduhan hanya berdasarkan laporan dari media barat juga.

"Janji kena pegang, kata kena serupa bikin dan tunjukkan contoh yang baik kepada kami orang muda. Jangan kerana nak berpolitik semua dulu yang 'haram' dihalalkan sekarang," katanya.

Sementara itu, Biro Pekerja Muda Pemuda Umno, Dazma Shah Daud turut mempertahankan kenyataan dua rakan Exco Pemudanya mengenai titah Sultan Johor itu.

Malahan beliau bersama Sheikh Nafiq dan Shahril mencabar Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga anak jati Bangsa Johor bersama dua lagi Exco Armada mengadakan debat terbuka mengenai isu ini.

-Sinar Harian

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.