Pengamal Media Diherdik Oleh Kaunselor Korea Utara - Media Shah Alam

Header Ads

Pengamal Media Diherdik Oleh Kaunselor Korea Utara

KUALA LUMPUR: Kaunselor di Kedutaan Korea Utara di sini, Kim Yu-song mengherdik pengamal media yang menyerbu kereta Mercedes Benz berwarna biru gelap yang dipandunya sehingga cermin sisi kereta itu tertanggal.

Beliau ketika itu sedang mengundurkan kenderaannya dari kawasan kedutaan kira-kira 12.15 tengah hari tadi.

Yu-song lalu keluar dari keretanya bagi membetulkan cermin itu di bahagian pemandu serta meninggikan suaranya kepada pihak media.

“Siapa pecahkan cermin sisi saya. Keluar dari sini,” jeritnya dalam bahasa Inggeris.

Para pengamal media berhimpun di kawasan kedutaan bagi mendapat maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.