Peniaga Sate Ditetak - Media Shah Alam

Header Ads

Peniaga Sate Ditetak

PASIR MAS - Seorang peniaga sate dan rakannya cedera ditetak dalam kejadian di Kampung Atas Pinggir, di sini petang semalam.

Kejadian jam 6.30 petang itu, berlaku ketika mangsa Mohd Shahmin Samsu Bahri, 20, sedang berniaga sate bersama rakannya, Muhamad Aqil Rosdi, 25.

Akibat kejadian itu Mohd Shahmin cedera di bahagian lengan kiri dan menerima 10 jatihan.


Sementara, rakannya Muhamad Aqil luka di bahagian kepala dan menerima tujuh jahitan akibat tindakan lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Saad, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

"Siasatan awal mendapati punca suspek melakukan perkara tersebut disebabkan tidak berpuas hati ke atas pengadu dan rakan mengenai pembelian arang di kedai runcit miliknya.

"Suspek yang terlibat sudah pun di tahan bagi membantu siasatan," katanya.


Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.