Perangi Berita Palsu dan Fitnah Habis-Habisan-Najib - Media Shah Alam

Header Ads

Perangi Berita Palsu dan Fitnah Habis-Habisan-Najib

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

PEKAN 25 Feb. -Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat bersama-sama memerangi penyebaran maklumat palsu yang menjadi ancaman baharu kepada kesejahteraan negara pada masa ini.

Perdana Menteri berkata, serangan minda dan perasaan menerusi penyebaran berita palsu serta fitnah adalah lebih berbahaya dan ia dilakukan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda politik sendiri termasuk menjatuhkan kerajaan dipilih secara demokrasi.

“Dakyah, fitnah dan maklumat palsu menerusi media sosial serta pemimpin tertentu dengan tujuan politik untuk menjatuhkan kerajaan merupakan ancaman bahaya dan sebab itu kita akan memeranginya habis-habisan.

“Sebagai sebuah kerajaan, kita beri macam-macam kepada rakyat tetapi akibat berita palsu, perkara yang baik pun menjadi tidak baik atau kontroversi.

“Contohnya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ada bekas pemimpin kata dedak, lepas itu kata rasuah dan kata kalau menang pilihan raya akan teruskan. Selepas itu dia pusing balik kata rasuah, dalam masa tiga bulan bertukar-tukar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Negaraku: Komuniti 1Malaysia di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.