Polis Akui Deplomat Korea Utara Kebal - Media Shah Alam

Header Ads

Polis Akui Deplomat Korea Utara Kebal

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan setiausaha kedua di Kedutaan Korea Utara di negara ini yang juga suspek kes pembunuhan Kim Jong-nam, mempunyai kekebalan diplomatik.

Khalid berkata tiada cara lain yang dapat dilakukan polis Malaysia untuk memanggil Hyon Kwang Song bagi membantu siasatan berkaitan pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara Kim, Jong-un itu melainkan mematuhi protokol dan undang-undang antarabangsa.

"Ya, memang dia ada imuniti itu sebab saya cakap kita akan ikut semua protokol berkaitan dengan pegawai-pegawai luar di sini.

"Siasatan masih dijalankan, ia sebahagian daripada siasatan kalau anda tak ada apa nak disembunyikan, anda sepatutnya beri kerjasama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, Khamis.

Dalam pada itu Khalid turut menafikan dakwaan bahawa sepasukan polis Malaysia telah terbang ke Macau malam Rabu untuk mengambil sampel DNA daripada waris Jong-nam.
"Tak betul. Kita tak hantar sebarang sampel ke mana-mana dan kita tak terima sampel DNA daripada mana-mana negara," katanya.
-mStar


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.