Polis Nafi Waris Jong-nam Tiba di Malaysia - Media Shah Alam

Header Ads

Polis Nafi Waris Jong-nam Tiba di Malaysia

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Polis menafikan dakwaan bahawa waris kepada abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam akan tiba dalam masa terdekat ke negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ketibaan waris Jong-nam belum dimaklumkan kepada pihaknya setakat ini.

“Kita menunggu pihak kedutaan Korea Utara untuk memberi makluman berhubung warisnya ketika ini,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Desas-desus mengenai ketibaan waris Jong-nam untuk menuntut mayat warga Korea Utara itu sibuk diperkatakan sejak awal minggu lalu, yang menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan wartawan. – UTUSAN ONLINE



Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.