Rajab Arab Saudi Kunjungi Malaysia Ahad Ini - Media Shah Alam

Header Ads

Rajab Arab Saudi Kunjungi Malaysia Ahad Ini

PUTRAJAYA 24 Feb. – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada Ahad ini sehingga 1 Mac depan.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, lawatan rasmi Raja Salman ke Malaysia adalah di atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Menurut beliau, antara perkara utama yang akan dibincangkan dalam pertemuan Raja Salman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin depan adalah mengenai kuota jemaah haji Malaysia.

“Hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi sememangnya kukuh. Kedua-dua negara telah sekian lama memperluaskan hubungan dan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, pertahanan dan urusan berkaitan haji,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.