Rakyat Malaysia Tidak Digalakkan Melawat Korea Utara - Media Shah Alam

Header Ads

Rakyat Malaysia Tidak Digalakkan Melawat Korea Utara


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak menggalakkan rakyat Malaysia berkunjung ke Korea Utara atas faktor keselamatan.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan itu menyifatkan Korea Utara sebagai sebuah negara penyangak dan sukar dijangka.

"Saya tidak galakkan rakyat Malaysia berkunjung ke Korea Utara.
"Anda tak boleh jangka apa yang mereka akan lakukan," katanya selepas merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2017 di sini, Khamis.

Beliau bersetuju dengan kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bahawa Korea Utara berada di bawah delusi bahawa Malaysia bersekongkol dengan kuasa asing dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam pada 13 Februari lalu.

Korea Utara turut menuntut penghantaran pulang mayat Jong-nam manakala menyalahkan Malaysia di atas kematiannya.

"Korea Utara sebuah negara penyangak. Ini bukan Korea Utara, ini Malaysia. Kita ada undang-undang sendiri," katanya.

Mengenai gesaan untuk membatalkan visa percuma terhadap warga Korea Utara yang berkunjung ke Malaysia, Mohamed Nazri berkata langkah itu tidak wajar dilakukan.

"Tiada keperluan untuk membatalkan visa kerana rakyat Korea Utara tidak dibenarkan keluar dari negara mereka terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata hanya pegawai Korea Utara yang berkunjung ke Malaysia.
Pada Isnin lalu, Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un maut selepas diserang dua wanita dengan cecair beracun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

-mStar

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.