Rasuah:Bekas YDP Dibebaskan - Media Shah Alam

Header Ads

Rasuah:Bekas YDP Dibebaskan

SEREMBAN – Bekas yang dipertua (YDP) majlis perbandaran sebuah daerah di negeri ini yang ditahan berhubung rasuah dan salah guna kuasa, dibebaskan semalam dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu disahkan oleh peguam suspek, Datuk Hanif Hassan.

“Suspek telah dibebaskan semalam dengan ikat jamin RM15,000,” katanya ketika dihubungi.

Suspek berusia 63 tahun dan bergelar Datuk itu ditahan SPRM pada 13 Februari lalu kerana dipercayai melakukan salah guna kuasa ketika memegang jawatan pegawai daerah dan YDP perbandaran di negeri ini, antara September 2009 hingga Ogos 2016.

Dua lagi kontraktor yang turut ditahan berhubung kes sama dibebaskan pada Isnin, juga dengan jaminan SPRM.

Dua kontraktor terbabit disyaki dianugerahi beberapa projek membabitkan pejabat daerah dan majlis perbandaran yang diterajui oleh suspek. – Bernama

(Kosmo)

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.