RCI mengenai kerugian Forex AS$ 10 bilion Bank Negara - Media Shah Alam

Header Ads

RCI mengenai kerugian Forex AS$ 10 bilion Bank Negara

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com


RCI mengenai kerugian Forex AS$ 10 bilion Bank Negara: setiap manusia memikirkan kepentingan diri sendiri dan tidak mempedulikan orang lain

Tulisan asal oleh:
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 24 Februari 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (atau mungkin Boffin Boys beliau) adalah ahli strategi yang bijak. Seawal tahun 2013, mereka sudah dapat mengagak sesuatu apabila pelbagai langkah telah dibuat untuk mensabotaj 1MDB. Dan salah satu pemain utama dalam usaha ini adalah Bank Negara Malaysia, yang pada masa itu adalah di bawah Dr Zeti Akhtar Aziz.

Apa-apa pun, kami telah menulis tentang itu banyak kali sehinggakan ia bukan lagi 'berita'. Dan Sarawak Report mempunyai peristiwa versinya tersendiri. Sudah tentu, sama ada anda percaya versi Malaysia Today atau versi Sarawak Report bergantung kepada jurang parti politik pilihan anda. Membahaskan kebenaran atau sebaliknya kedua-dua versi yang bercanggah ini akan menjadi seperti seorang Kristian dan Muslim membahaskan sama ada Bible atau Al-Qur'an adalah kata-kata Allah yang benar.

Pendek kata, percaya apa yang anda mahu percayakan kerana selalunya kepercayaan tidak disokong oleh fakta atau bukti saintifik tetapi kerana kecenderungan, kepercayaan dan kesetiaan secara membuta tuli. Logik dan akal fikiran tidak boleh mengubah kepercayaan seseorang apabila seseorang itu telah memilih untuk mempercayai sesuatu. Dan satu perkara yang pasti, hanya kerana anda percaya tidak membuatkan anda betul kerana orang yang berfikiran sempit juga mempunyai kepercayaan.

Apa-apa pun, saya mula dengan mengatakan Najib atau mungkin Boffin Boys beliau adalah ahli strategi yang bijak. Dan ini adalah kerana mereka telah berjaya memerangkap pengkritik Najib. Dan mereka melakukan ini dengan menggunakan senjata musuh-musuh mereka sendiri ke atas diri mereka sendiri. Itu sangat bijak dan itulah apa yang kita panggil sebagai Taichi.

Semuanya bermula bulan lepas apabila bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid, mendedahkan bahawa Bank Negara sebenarnya kerugian AS$ 10 bilion dari tahun 1989 ke tahun 1992 kerana bermain pasaran Forex, angka yang lebih tinggi daripada apa yang kerajaan pada mulanya isytiharkan. Ini membuka Kotak Pandora - dan Kotak Pandora, sekali dibuka, tidak akan dapat ditutup lagi.

Anda boleh mendengar bunyi pin jatuh kerana keadaan yang terlampau senyap berikutan pendedahan terbaru ini sebulan lalu. Semua orang kekal berdiam diri dan melihat terlebih dahulu apa yang akan berlaku. Ini akan menjadi satu letupan yang besar dan mereka semua mengetahuinya. Walaupun pembangkang cuba menafikannya dengan mengatakan bahawa ini adalah cerita lama dan tidak lagi relevan, mereka tahu bahawa ini tidak begitu.

Masalahnya ialah, baru-baru ini sebelum pilihan raya umum 2013 DAP telah menganjurkan satu seminar di Pulau Pinang mengenai kerugian Forex Bank Negara. Dan dalam seminar ini ia telah mendedahkan bahawa jumlahnya adalah sangat besar dan terdapat cubaan menyembunyikannya. Dan juga pada seminar pilihan raya umum sebelum 2013 ini mereka menuntut bahawa RCI ditubuhkan untuk mendapatkan kebenaran.

Jadi, jika ia adalah satu 'cerita lama' dari tahun 1992, mengapa DAP menganjurkan seminar mengenai perkara itu 20 tahun kemudian, iaitu hanya lima tahun yang lalu, pada masa yang sama apabila langkah untuk mensabotaj 1MDB bermula?

Dalam erti kata lain, lima tahun lalu DAP menganggap perkara ini masih sangat relevan dan satu perkara yang memerlukan siasatan lanjut kerana sejak 25 tahun yang lalu kebenaran telah disembunyikan dan kita telah dibohongi selama ini.

Jadi, bulan lalu Murad melakukan apa yang DAP mahu: iaitu mendedahkan kebenaran. Dan kini ia telah membuat semua orang kelam-kabut kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Sejak tahun 1993, Kit Siang telah menjadi Ketua Pejuang skandal Forex Bank Negara. Beliau tidak akan membenarkan perkara ini terkubur dan beliau mahu memastikan ia terus diperkatakan sehingga kebenaran diberitahu.

Bulan lalu, hasrat Kit Siang itu telah dipenuhi dan kini beliau mendapati bahawa kebenaran itu menyakitkan dan beliau tidak boleh menerima kebenaran. Beliau juga tahu bahawa ini adalah bom jangka ke atas dirinya dan jika beliau tidak berhati-hati ia akan meletup dan memusnahkan dirinya.

Kit Siang kini terperangkap dalam masalah. Beliau fikir beliau boleh mengenakan Najib tetapi sekarang beliau mendapati bahawa ia adalah sebaliknya. Jadi, apa yang Kit Siang buat sekarang?

Kit Siang tidak boleh berpatah balik dan mengatakan bahawa ini adalah cerita lama dan tidak lagi relevan apabila beliau sendiri enggan membiarkan ia terkubur dan menegaskan bahawa isu itu terus diperkatakan selama lebih daripada 20 tahun. Jika beliau melakukan U-turn selepas menjadi Ketua Pejuang skandal Forex Bank Negara selama lebih daripada dua dekad, kredibiliti beliau yang sudah mengecut itu akan musnah sama sekali. Tetapi jika beliau terus menyokong RCI mengenai skandal Forex Bank Negara, walaupun beliau mungkin menyelamatkan kredibiliti beliau, beliau akan perlu untuk menjual Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim.

Pendek kata, hanya ada satu payung terjun. Dan jika Kit Siang menggunakan payung terjun itu untuk menyelamatkan diri sendiri maka beliau perlu membiarkan Mahathir dan Anwar mati.

Bekas Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz, melihat bom jangka itu berdetik dan telah menawarkan untuk membantu siasatan. Anwar juga menyokong RCI untuk menyiasat kerugian Forex Bank Negara Malaysia. Ini bermakna Zeti dan Anwar mengambil 'kedudukan selamat' dan, dengan ini, kini menjauhkan diri mereka dari Mahathir.

Malah, Anwar sedang bermain dengan sangat selamat apabila beliau berkata bekas pegawai kanan Bank Negara, yang kemudian menjadi seorang menteri, bersubahat dalam skandal itu. Anwar berkata beliau telah meminta bekas pegawai Bank Negara berkenaan untuk meletakkan jawatan tetapi beliau tidak dibenarkan untuk berbuat sedemikian.

Anwar baru sahaja menyebabkan kesusahan ke atas Mahathir. Dalam satu kenyataan Anwar telah menyalahkan sepenuhnya ke atas Mahathir. Anwar juga berkata Jaffar Hussein, yang merupakan gabenor Bank Negara (1985-1994), terpaksa menerima tuduhan salah kerana kerugian Forex itu. Ini bermakna Jaffar tidak bersalah. Tetapi pada tahun 1994 Anwar berkata sebaliknya. Jadi, mengapa Anwar berbohong pada tahun 1994? Adakah ia di bawah arahan daripada Mahathir? Ini mula menjadi sangat menarik.

Sementara itu Kit Siang telah masuk ke dalam mod kawalan kerosakan. Beliau mahu kelihatan masih mengambil berat mengenai skandal Forex AS$ 10 bilion itu tetapi tidak mahu kelihatan seolah-olah beliau menjual Mahathir dan Anwar. Jadi Kit Siang telah mencabar Annuar Musa untuk berdebat. Dan apabila Annuar mengabaikan beliau, tiga hari lalu Kit Siang memberi Annuar 48 jam untuk mengadakan sidang akhbar bersama. Dan tarikh akhir telah pun terlepas.

Pada asasnya Kit Siang masih mahu berada di dalam permainan dan tidak mahu kehilangan kawalan. Tetapi untuk berbuat sedemikian, beliau telah menjual Mahathir dan Anwar. Walau bagaimanapun, walaupun Kit Siang masih mahu berada di dalam permainan dan cuba untuk mendapatkan kembali kawalan, beliau tidak mahu kelihatan seperti beliau menyelamatkan diri sendiri sementara membiarkan Mahathir dan Anwar mati.

Ini dipanggil memelihara diri sendiri dan merupakan faktor yang sangat memainkan peranan dalam naluri manusia untuk terus hidup. Tetapi Najib dan Boffin Boys beliau terlalu bijak untuk membenarkan perkara ini berlaku. Mereka tidak akan membenarkan Kit Siang untuk terlepas sementara Mahathir dan Anwar mati. Ya, betul, Kit Siang juga akan jatuh bersama-sama dengan Mahathir dan Anwar.

Najib akan memaksa Kit Siang memilih untuk berdiri dengan Mahathir dan Anwar atau membenarkan mereka jatuh. Jika Kit Siang berdiri dengan Mahathir dan Anwar, beliau akan diseret ke bawah dengan mereka. Dan jika Kit Siang meninggalkan Mahathir dan Anwar maka Pakatan Harapan akan musnah kerana pengkhianatan ini.

Sekarang anda tahu mengapa saya menyebelahi Najib. Ia adalah kerana saya suka pemenang dan benci orang yang gagal. Dan Pakatan Harapan tanpa ragu-ragu lagi adalah pihak yang kalah dalam pertandingan dengan Najib dan Boffin Boys beliau.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/rci-on-bank-negaras-us10-billion-forex-loss-every-man-for-himself/

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.