Saran Perjelas Derma RM2.6 Bilion,Skandal Zaman Mahathir Bila Mahu Perjelaskan? - Media Shah Alam

Header Ads

Saran Perjelas Derma RM2.6 Bilion,Skandal Zaman Mahathir Bila Mahu Perjelaskan?

Timbalan PPBM,Mukhriz Mahathir menyarankan kerajaan Arab Saudi menjelaskan kepada rakyat Malaysia sama ada benarkah wang RM2.6 bilion merupakan derma yang disumbangkan oleh seorang putera raja Arab Saudi memandangkan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud telah mengunjungi Malaysia.

Kunjungan Raja Arab Saudi ke negara ini bukan untuk mengulas isu derma RM2.6 bilion kepada pemimpin pembangkang serta penyokong parti yang tidak pernah berjaya membawa Malaysia ke mata dunia.

Mukhriz sepatutnya desak bapanya menjelaskan beberapa isu besar negara yang berlaku termasuk isu forex yang menyebabkan berbilion wang rakyat hilang termasuk juga skandal BMF,kerana isu itu UMNO, BN dan kerajaan masih menanggung beban dengan pelbagai telahan walaupun Dr Mahathir sudah keluar UMNO menyertai pembangkang.

Sekiranya Mukhriz dan penyokong pembangkang perlu kepastian tentang derma RM2.6 bilion yang telah diakui darimana datangnya,ramai juga rakyat mahu kepastian kemana perginya berbilion ringgit kerana FOREX.

Ketika zaman pemerintahan Dr Mahathir, ketirisan dari segi kewangan dikatakan RM320 billion telah dapat dikenal pati,tetapi masih lagi dianggap suci oleh pentaksub

Antara yang paling hebat UMNO dihentam adalah berkaitan Syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd (PERWAJA) yang mana nama asalnya, Perwaja Trengganu Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1982 dan penubuhannya adalah untuk merintis ‘Projek Besi Keluli Kebangsaan’.

PERWAJA dikatakan menanggung hutang jumlah RM10 bilion membabitkan RM926 juta dalam liabiliti semasa, RM6 bilion dalam liabiliti jangka panjang dan kerugian terkumpul sebanyak hampir RM3 bilion.

Malah kos penyiasatan skandal PERWAJA pada masa itu dikatakan paling tinggi dalam sejarah SPRM yang pada masa itu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Derma RM2.6 pula menjadi isu.kenapa?..kerana jiwa benci sangat tebal pada Najib,oleh itu janganlah jadi seperti pemabuk todi.-Hot Kelate

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.