SME BANK LANCAR PROGRAM I-SMART - Media Shah Alam

Header Ads

SME BANK LANCAR PROGRAM I-SMART

KUALA LUMPUR 24 Feb. – SME Bank melancarkan program i-SMART bagi meningkatkan tahap perniagaan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ke peringkat global.

Bagi peringkat awal, sebanyak tujuh usahawan telah dipilih menyertai program tersebut.

Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd. Razif Mohd. Yunus berkata, antara kriteria utama pemilihan termasuklah prestasi perniagaan yang berupaya mencatat keuntungan selama tiga tahun berturut-turut dan mencapai pertumbuhn jualan yang konsisten.

“Selain itu, mereka juga perlu menjalankan perniagaan patuh syariah dan sekurang-kurangnya 51 peratus milik bumiputera,” katanya dalam majlis pelancaran i-SMART di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.