Tak Usah Campur Hal PAS - Media Shah Alam

Header Ads

Tak Usah Campur Hal PAS

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

KUALA TERENGGANU - Pas memberi amaran kepada pemimpin Amanah supaya tidak lagi mencampuri urusan dalaman parti itu termasuk hal melibatkan sokongan rakyat dan hala tuju parti.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, pemimpin Amanah tiada hak untuk mencampuri urusan dalaman Pas, walaupun sebelum ini mempunyai pe-ngalaman lama di dalam parti itu.

“Pemimpin Amanah tak perlu ambil tahu urusan dalaman Pas kerana kita tiada kaitan dengan mereka. Kita tak ada kena mengena, tak ada hubungan.

“Daripada ambil tahu hal dalaman Pas, lebih baik mereka jaga parti mereka sendiri. Orang lama dalam Pas pun tak boleh pakai juga kalau keluar parti,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub bahawa Pas berdepan risiko perpecahan setelah menjalin hubungan baik dengan Umno.

Ditanya dakwaan bahawa sokongan parti akan merosot berdasarkan hubungan baik antara Pas dan Umno yang kini semakin menyerlah, Satiful Bahri berkata, Pas mempunyai cara tersendiri mengurus parti dan ia tidak mempengaruhi sokongan rakyat terhadap parti itu.

“Setakat ini, Pas tiada masalah mengurus perjalanan parti dan sokongan rakyat juga tidak berbelah bahagi kerana mereka bermasalah di dalam Pas, kini semua dah keluar parti.

“Mereka yang bermasalah dalam Pas dah keluar, jadi kita tiada masalah sekarang. Ia (hubungan baik dengan Umno) tak pe-ngaruhi sokongan terhadap Pas,” katanya.

Terdahulu, Salahuddin dalam kenyataannya mendakwa, Pas berdepan perpecahan setelah parti itu mula menampakkan kerjasama dan hubungan baik bersama Umno.

Dakwanya, berdasarkan pengalaman lama beliau dalam Pas, hubungan baik itu sukar diterima dalam kala-ngan penyokong dan ahli Pas kerana ia melibatkan dasar dan akan mengakibatkan perpecahan.-Sinar Harian

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.