Tidak Mahu Ulas Isu Rasuah Hartanah di Johor - Media Shah Alam

Header Ads

Tidak Mahu Ulas Isu Rasuah Hartanah di Johor

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan enam individu termasuk anak dan pegawai khas seorang pegawai kanan kerajaan negeri, semalam.

Ketika ditanya mengenai penahanan membabitkan anak dan pegawai khas seorang EXCO kerajaan negeri, Mohamed Khaled tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkara itu.

“Saya tak nak komen yang itu (kenyataan SPRM), biarlah SPRM (jalankan siasatan). Itu tak perlu komen,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Gelang Patah di sini, hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan menahan enam individu dan merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi dan wang tunai RM500,000 dalam skandal rasuah serta penyelewengan hartanah di Johor. Selain itu, 45 akaun bank bernilai RM15.5 juta turut dibekukan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Azam Baki, berkata suspek berusia 25 hingga 50 tahun itu termasuk anak dan pegawai khas seorang pegawai kanan kerajaan negeri, ditahan di beberapa lokasi di bandar raya ini dalam operasi serentak kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

(BHONLINE)

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.