Tolong Lapor Polis - Media Shah Alam

Header Ads

Tolong Lapor Polis

Iskandar Puteri: Seorang VIP yang terkait dengan tragedi remaja berbasikal, di Jalan Lingkaran Dalam, 18 Februari lalu, dinasihatkan untuk segera membuat laporan polis.

Ini bagi menolak andaian orang ramai kononnya pemandu wanita yang terbabit dalam kemalangan meragut lapan remaja itu mempunyai kaitan dengan keluarganya.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata andaian itu turut membuatkan orang ramai beranggapan pemandu dilindungi kerana kedudukan VIP itu.

Menurutnya, laporan polis perlu dibuat bagi menunjukkan maklumat itu adalah fitnah dan bertujuan menghentikannya.

“Tindakan polis tidak mendedahkan nama pemandu itu adalah bagi memberi ruang kepada siasatan.

“Ia juga bertujuan melindungi keselamatan pemandu kerana dikhuatiri dia diancam mana-mana pihak.

“Kami tiada niat melindungi sesiapa dan kerajaan negeri juga bersedia membantu mendapatkan khidmat bantuan guaman bagi keluarga mangsa kemalangan,” katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media ketika mengadakan lawatan ke kawasan Parlimen Gelang Patah, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nusajaya, Dr Zaini Abu Bakar.

(myMetro)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.