Tun Hasmah Mengimbau Memori Dengan Ayahanda Sultan Johor - Media Shah Alam

Header Ads

Tun Hasmah Mengimbau Memori Dengan Ayahanda Sultan Johor

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Isteri kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Siti Hasmah membalas kritikan yang dibuat oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terhadap suaminya dengan menceritakan memori pasangan itu dengan istana Johor sebelum ini.

Kata Tun Hasmah, Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar (ayahanda kepada Sultan Johor sekarang) sangat sayang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun Tun M kuat mengkritiknya dan menegur Almarhum.

“Jam ini dihadiahkan oleh Almarhum satu set. Satu untuknya dan satu lagi untuk Tun Mahathir.

“Jam itu berjenama Bvlgari. (Entah macam mana nak sebutnya tak reti)

“Sultan Johor sekarang lah yang pergi beli ikut arahan ayahnya di Singapura. Naik motor besar dia tu lah,” katanya dipetik dari Facebook Mukhriz Mahathir FC hasil temu bual Adam Mukhriz dengan Tun Hasmah.

Jelasnya lagi, beliau dan Tun Mahathir turut pergi melawat Almarhum ketika gering di Hospital Gleneagles dan mereka terkejut Almarhum ada belakang bangun nak menghantar mereka ke lif walaupun memang terlantar sahaja di katil sebelum tu.

“Sanggup dan gigih. Betapa sayang dan hormatnya Almarhum dengan Tun.

“Kerana sayang dan hormat juga lah Tun M diberi pingat “DK 1” oleh Almarhum. Satu pingat yang tertinggi oleh Johor Darul Takzim.

“Al Fatihah,” kata Tun Hasmah

Semalam, Sultan Ibrahim menyindir keras sikap seorang pemimpin, yang dipercayai merujuk kepada Dr Mahathir.

Tanpa menyebut nama, baginda menyindir mungkin “orang luar” ini telah lupa bahawa zamannya telah berlalu.

“Jika dia bukan pelupa mungkin ada sedikit nyanyuk akibat faktor usia,” titah baginda ketika merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong di Muar semalam.

Sultan Johor sejak kebelakangan ini kerap mengkritik Tun Mahathir selepas bekas perdana menteri itu membuat pelbagai dakwaan mengenai projek Forest City di Johor.
-TMT

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.