Van Masuk Tali Air 12 Cedera - Media Shah Alam

Header Ads

Van Masuk Tali Air 12 Cedera

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

ALOR SETAR 26 Feb. – Seorang maut manakala 12 sekeluarga cedera selepas van yang dinaiki dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu terjatuh ke dalam tali air di Batu 10, Jalan Alor Setar – Sungai Petani, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, pemandu van, Shafie Wahab, 54, meninggal dunia ketika mendapat rawatan lebih lapan jam di Hospital Sultanah Bahiyah.

Sementara seorang penumpang, Nor Khusaini Mad, 30, dirawat di Zon Kuning Bahagian Kecemasan dan Trauma di hospital sama dan selebihnya hanya mengalami kecederaan ringan.



Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila van jenis Nissan Vanette yang dinaiki 13 orang itu dari arah Kota Sarang Semut menghala ke Alor Setar hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan melanggar tiang elektrik sebelum terbabas masuk ke dalam tali air di kiri jalan.


“Mangsa yang cedera berusia antara 49 hingga empat tahun. Mereka adalah keluarga dari Johor dan ingin ke Pendang dari Alor Setar atas urusan keluarga.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.