Waris Terdekat Kim Jon-nam Dijangka Tiba Dalam Masa Terdekat - Media Shah Alam

Header Ads

Waris Terdekat Kim Jon-nam Dijangka Tiba Dalam Masa Terdekat

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

MUAR 23 Feb. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan waris kepada abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Nam akan tiba dalam masa terdekat di Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, setakat ini belum ada waris termasuk anak atau saudara mangsa datang membuat pengecaman ke atas mayat mendiang yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

“Setakat ini belum (ada), tapi saya rasa dalam sehari dua ada waris akan datang,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Galeri Darurat Bukit Kepong oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, di sini sebentar tadi. -UTUSAN ONLINE

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.