Alex Ferguson Mengaku Salah Anggap Kemampuan Jose Mourinho - Media Shah Alam Alex Ferguson Mengaku Salah Anggap Kemampuan Jose Mourinho - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Rabu, 1 Mac 2017

Alex Ferguson Mengaku Salah Anggap Kemampuan Jose Mourinho

ALEX Ferguson secara peribadi mengakui telah tersalah anggap terhadap Jose Mourinho dan percaya Manchester United telah menemui jurulatih terbaik untuk memimpin kelab itu.
Morinho, 54, tidak diambil kira oleh Ferguson ketika mencari penggantinya pada 2013 yang membawa kepada pelantikan David Moyes.
Malangnya Moyes dipecat selepas beberapa bulan dan belum sempat membawa kejayaan.
Oleh kerana Mourinho diabaikan dalam pemilihan berkenaan, jurulatih kelahiran Portugal berkenaan telah menyertai semula Chelsea manakala United perlu menunggu sehingga tiga tahun selepas Louis Van Gaal dipecat.
Bagaimanapun, Daily Mail melaporkan, Ferguson telah memberitahu rakan sekerja lamanya bahawa Mourinho sepatutnya mengambil alih tugas jurulatih selepas beliau meletak jawatan.
Mourinho memulakan musim ini bersama United dengan prestasi tidak menentu bagaimanapun berjaya memulihkan reputasi kelab berkenaan berbanding musim lalu.

-mStar


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Alex Ferguson Mengaku Salah Anggap Kemampuan Jose Mourinho Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam