Amyra Rosli teruja jadi ibu muda - Media Shah Alam Amyra Rosli teruja jadi ibu muda - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Khamis, 30 Mac 2017

Amyra Rosli teruja jadi ibu muda

KUALA LUMPUR, 30 Mac ― Selamat diijabkabulkan hujung tahun lalu, pelakon Amyra Rosli tidak berasa terlalu cepat dikurniakan cahaya mata.

Amyra, 26, berkata di pertengahan usia 20-an adalah waktu yang sesuai baginya menimang cahaya mata bersama suami tercinta Amar Baharin.

“Pada usia 26 tahun tidaklah terlalu muda. Amyra pun sudah berumah tangga. Mengapa perlu merancang untuk tidak mempunyai anak?

“Jika Allah memberi rezeki, Amyra terima, tiada masalah,” katanya ketika ditemui pemberita pada Selasa.

Pelakon drama Isteri Tuan Ihsan ditemui pada majlis pelancaran koleksi pakaian dan tudung jenama Umma dan gincu jenama Nita di sebuah hotel terkemuka di sini.

Pasangan bahagia ini diijabkabulkan pada 11 November lalu di sebuah hotel di sini dengan Amyra menerima mas kahwin RM1,111 dan wang hantaran RM50,000.

Pelakon drama Tersuka Tanpa Sengaja berkata mendapat cahaya mata awal bukan penghalang kebahagiaan rumah tangga yang baru dibina.


Katanya, cahaya mata memang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang berumah tangga maka tiada alasan terhalang untuk menghabiskan waktu berdua.

“Kalau Amyra ada perancangan yang begitu, Amyra tidak akan berfikir untuk berkahwin dahulu.

“Bila dah berkahwin, inilah langkah seterusnya yang harus Amyra tempuh dengan Amar.

“Dapat anak awal, Amyra akan dapat lebih pengalaman dan lebih matang,” katanya.-PROJEK MMO


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Amyra Rosli teruja jadi ibu muda Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam