Baju RM176 Jennifer Lopez Jadi Perhatian - Media Shah Alam

Header Ads

Baju RM176 Jennifer Lopez Jadi Perhatian

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

PENYANYI Jennifer Lopez sekali lagi menjadi perhatian namun bukan kerana kisah cintanya tetapi pakaian yang digayakannya.
Jennifer yang lebih dikenali sebagai Jlo itu menjadi bualan apabila dia dilihat memakai baju singkat yang hanya berharga AS$40 (RM176) ketika bersiar-siar di Miami.

Melengkapkan gaya santai itu, Jlo memadankan baju itu dengan seluar yoga berwarna hitam dan kasut sukan.

Rata-rata peminat memujinya kerana tetap kelihatan jelita walaupun hanya memakai pakaian 'murah' yang tidak sesuai dengan statusnya sebagai selebriti terkenal dunia.

Dalam pada itu, Jlo sekali menjadi bualan apabila memilih gaun putih berharga hanya AS$42 (RM180) ketika keluar makan malam bersama lelaki yang dikatakan sebagai kekasihnya iaitu Alex Rodriguez..
-mStar



Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.