Dipenjara 6 Bulan Pukul Isteri - Media Shah Alam Dipenjara 6 Bulan Pukul Isteri - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Rabu, 1 Mac 2017

Dipenjara 6 Bulan Pukul Isteri

KUALA TERENGGANU - Tampar dan pukul isteri sebab tidak diberi RM20, seorang pekerja ladang dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Keputusan dibuat selepas Muhammad Fazli Zanggi, 40, dari Ajil, Hulu Terengganu, mengaku salah sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya yang berusia 33 tahun di sebuah rumah di Pasir Panjang, di sini.

Bapa kepada tiga anak itu mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang juga boleh dihukum di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan itu kira-kira jam 10 pagi, 20 Januari lalu.


Bagi kesalahan itu, dia berdepan hukuman penjara sehingga setahun atau dikenakan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Sebelum ini, akhbar ada melaporkan disebabkan terlalu kerap meminjam duit tanpa pernah berbayar, seorang suri rumah nekad tidak mahu lagi meminjamkan wang kepada suaminya meskipun hanya RM20.

Bagaimanapun, keputusan wanita berusia 33 tahun itu yang enggan menyerahkan wang diminta mengundang padah apabila bukan sahaja ditampar, malah turut dipukul di kepala sehingga berdarah.


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Dipenjara 6 Bulan Pukul Isteri Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam