FAIZ SUBRI TERIMA PINGAT DARIPADA SULTAN KEDAH - Media Shah Alam FAIZ SUBRI TERIMA PINGAT DARIPADA SULTAN KEDAH - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Rabu, 1 Mac 2017

FAIZ SUBRI TERIMA PINGAT DARIPADA SULTAN KEDAH

Pemenang gol tercantik Anugerah Puskas FIFA 2016, Faiza Subri telah menerima pingat di majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sesi kelapan di Balai Pengahadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Faiz telah menerima pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai kedah (A.S.K) daripada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Pemain Pulau Pinang yang berusia 30 tahun ini merupakan antara 164 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-89.

Beliau telah mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama yang dikurniakan anugerah pemenang gol tercantik pada 9 Jan lepas menerusi jaringan hebatnya semasa perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang menentang Pahang pada 16 Februari tahun lalu.


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: FAIZ SUBRI TERIMA PINGAT DARIPADA SULTAN KEDAH Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam