Felda Sasar Serah 4,999 Rumah Kepada Kumpulan Sasar Hujung Tahun Ini - Media Shah Alam

Header Ads

Felda Sasar Serah 4,999 Rumah Kepada Kumpulan Sasar Hujung Tahun Ini

PENDANG: FELDA menyasarkan sebanyak 4,999 unit projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) dapat diserahkan kepada pembeli, selewat-lewatnya penghujung tahun ini. Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, berkata jumlah terbabit adalah sebahagian projek Kerajaan Persekutuan melalui FELDA dengan mensasarkan pembinaan sebanyak 20,000 unit rumah di 144 lokasi tanah FELDA.

Katanya, ia yang dilaksanakan Syarikat Perumahan FELDA Sdn Bhd (PFSB) dibahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama sebanyak 8,470 unit dan fasa kedua sebanyak 11,530 unit. "Fasa pertama membabitkan dana RM600 juta, sudah dan sedang dibina di 38 rancangan terpilih dan dijangka 4,999 unit diserahkan kepada pembeli penghujung tahun ini. "Baki 11,530 unit PGBF membabitkan fasa 2, dijangkakan pembinaannya bermula tidak lama lagi dan siap sepenuhnya pada tahun 2018.

Kesemua rumah terbabit dibina menggunakan kaedah sistem bangunan industri (IBS) yang berkualiti tinggi," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyerahan surat tawaran PGBF kepada 80 orang generasi Kedua FELDA di Dewan Semai Bakti, FELDA Sungai Tiang, di sini hari ini. Shahrir berkata, pihaknya juga memperkenalkan pakej 'Rent To Own' bagi memudahkan urusan pembiayaan kepada pembeli yang layak tetapi kurang berkemampuan.

"Pakej terbabit menawarkan pembiayaan boleh sewa sehingga maksimum lima tahun dengan kadar sewa bermula RM300 hingga RM500 sebulan," katanya.-Berita Harian



Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.