Gadis Dalam Stor Dapat Keputusan SPM Cermelang - Media Shah Alam

Header Ads

Gadis Dalam Stor Dapat Keputusan SPM Cermelang

Farah Marcella Bandie hidup daif dalam stor di pusat snuker selepas bapanya menghilangkan diri. Dia tidak ke sekolah sejak tiga tahun lalu dan harrya menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3),dua tahun lalu.Namun, walaupun hanya sempat belajar semula di sekolah kira-kira dua bulan sebelum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini, dia meraih kejayaan cemerlang dengan keputusan 6A, IB, 1C.

Getir kehidupan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota Puteri, Pasir Gudang ini mendapat perhatian guru sekolahnya,Suraya Abd Rahimyang terkejut apabila melawat stor dua tahun lalu, yang menjadi tempat berlindung gadis itu bersama lima beradik dan ibunya yang menghadapi masalah kemurungan.

Mereka bergantung kepada pendapatan abang sulung yang bekerja di pusat snuker, selain Farah yang turut bekeija kilang bagi menampung keluarga. Tiga adiknya yang berusia 10, 12, dan 16 tahun juga sudah tidak bersekolah.

Abang tampung keluarga

Suraya berkata, mereka bernasib baik kerana abang sulung, Hans Hemsus Bandie atau lebih dikenali sebagai Haikal, 20, bekerja bagi menampung keluarga.

"Ketika saya menyiasat masalah Farah Marcella, saya sebak, tidak sampai hati dan luluh melihat kedaifan keluarga ini yang hanya tinggal dalam sebuah bilik sempit... umpama sarang penagih dadah keadaan bilik itu.

"Tanpa beifikir panjang, saya mengajak Farah Marcella tinggal bersama supaya dapat memantau pembelajarannya," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Johor Jaya, semalam.Beliau juga bersyukur apabila suami, Ahmad Daud, menyokong dan membiayai kelengkapan sekolah termasuk bayaran kelas tambahan Matematik.

Suraya yang juga Ketua Guru Disiplin sekolah berkenaan, berkata gadis yang petah berbicara
dan pandai melukis itu memiliki kelebihan luar biasa, selain rajin mengulangkaji pelajaran setiap hari sehlngga hanya dalam tempoh dua bulan, beijaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Adiknya, Puteri Emily Nastasia,10; Aduka Alif Putra, 12; dan dan Sephian Najmie 16, juga tidak bersekolah akibat masalah kewangan,selain ibunya yang tidak mahu berenggang dengan anak. Seorang lagi adiknya, Putera Aqil Razieq,berusia dua tahun.

"Saya pernah menghantar Aduka dan Najmie ke sebuah pusat pengajian tahfiz di Batu Pahat tetapi tidak lama kemudian ibunya sendiri mengeluarkan mereka atas alasan tidak mahu berenggang.

Harap dapat rumah selesa

"Apa yang saya harapkan, ada pihak sama ada pihak kerajaan negeri atau badan korporat membantu keluarga ini mendapatkan kediaman lebih selesa agar semua dapat belajar dan tinggal lebih selesa," katanya.

Sementara itu, Farah Marcella,amat bersyukur mengenali keluarga angkatnya itu dan tidak menyangka Cikgu Suraya sudi mengambilnya sebagai anak angkat dan mempelawa tinggal bersama.

Berita Harian

Isnin 20 Mac 2017

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.