Gagal Dapat Keputusan SPM Sebab Tak Bayar Yuran - Media Shah Alam Gagal Dapat Keputusan SPM Sebab Tak Bayar Yuran - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Khamis, 23 Mac 2017

Gagal Dapat Keputusan SPM Sebab Tak Bayar Yuran

TANAH MERAH - Peluang seorang pelajar cemerlang melanjutkan pengajian ke universiti samar selepas keputusannya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan, baru-baru ini, ditahan pihak sekolah kerana gagal membayar yuran asrama.

Bagi mendapatkan keputusan itu, Tengku Siti Rugayyah Kumat, 18, dari Felda Kemahang 1, di sini perlu menjelaskan kesemua yuran tersebut yang masih berbaki RM7,800 daripada jumlah keseluruhan RM23,000 untuk tempoh lima tahun.

Ibunya, Che Hasnah Ismail, 60, berkata, anak bongsunya daripada 10 beradik itu belajar di sebuah maahad tahfiz sains, di sini dan tinggal di asrama dengan kadar yuran RM300 sebulan selain yuran persekolahan RM300 setahun.

"Kami ada juga bayar yuran asrama bila mampu seperti tiga atau empat bulan sekali dan selebihnya dibayar dermawan yang dicari oleh pihak sekolah tetapi sekarang masih berbaki RM7,800," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Katanya, anaknya itu merupakan pelajar cemerlang termasuk mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (8A) dan Sijil Menengah Ugama (10A).

"Selepas UPSR, dia diterima masuk maahad tahfiz sains dan ambil aliran Arab dan Sains. Dia bergelar hafizah ketika usia 16 tahun dan dalam percubaan SPM sebelum ini, dia dapat keputusan 7A.

"Pihak sekolah minta kami jelaskan bayaran penuh baki yuran asrama, baru mereka beri keputusan SPM dan fail murid termasuk sijil tahfiz dan sijil kokurikulum," katanya.

Tambah Che Hasbah, dia dan suami tidak mampu membayar sendiri yuran anak mereka yang tertunggak itu kerana hanya bergantung kepada hasil menanam sayur untuk menampung sara hidup.

"Anak lain ada juga bantu sikit-sikit bayar yuran sekadar mampu kerana mereka juga ada tanggungan masing-masing," ujarnya lagi.

Sementara itu, Tengku Siti Rugayyah pula berkata, dia berhasrat melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) di Nilai, Negeri Sembilan dan meneruskan cita-cita menjadi doktor.

"Selepas tamat tingkatan lima, saya sambung belajar di tingkatan enam di sebuah maahad agama di Padang Siam. Saya harap boleh dapatkan keputusan SPM secepat mungkin sebelum permohonan ke universiti ditutup," katanya.

Orang ramai ingin membantu Tengku Siti Rugayyah boleh menghubungi abangnya di talian 013-2168814 (Hakim).

-Sinar Harian


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Gagal Dapat Keputusan SPM Sebab Tak Bayar Yuran Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam