Guan Eng Disaman Wartawan - Media Shah Alam

Header Ads

Guan Eng Disaman Wartawan

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

GEORGE TOWN: Wartawan kanan sebuah akhbar harian tempatan memfailkan saman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana memfitnah.
Wartawan itu, Ong Beng Siang memfailkan saman itu pada Jumaat sebagai maklum balas terhadap posting laman Facebook Guan Eng pada 22 Januari lalu.
Dalam kenyataannya, plaintif mendakwa posting ketua menteri itu tidak beretika, malah tidak bermoral, tidak ikhlas dan tidak berpendirian.
Beliau juga berkata, posting itu juga menggambarkan diri Guan Eng sebagai seorang yang dengan sengaja memfitnah kerajaan negeri.
Beng Siang diwakili Baljit Singh menuntut pampasan, kos dan sebarang tuntutan yang setimpal.

-mStar

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.