Guan Eng Layak Digelar KM Cap Ayam - Media Shah Alam

Header Ads

Guan Eng Layak Digelar KM Cap Ayam

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, debat beliau dan Lim Guan Eng dibatalkan atas sebab tuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Dalam satu siri tweet pada Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi itu menjawab tuduhan Guan Eng yang menyifatkan dirinya sebagai menteri 'ayam'.

"Tidak seperti LGE (Lim Guan Eng), Nazri dan Dr M tidak berada di bawah siasatan topik-topik debat mereka. Saya tak percaya apabila LGE tidak faham perbezaan penting ini," katanya, merujuk kepada debat yang dicadangkan antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu-isu politik dan ekonomi.

"Debat yang dirancang dihentikan atas nasihat PDRM. Apa yang berlaku menunjukkan bahawa ini adalah keputusan yang tepat. Tidak lama kemudian, Lim didakwa dengan dua tuduhan rasuah!," tulisnya di Twitter.

Abdul Rahman berkata, Guan Eng kini mendakwa bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak berperlembagaan, merujuk kepada usulnya untuk mengisytiharkan Seksyen 62 Akta SPRM 2009 sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.
Beliau mempersoalkan mengapa Guan Eng telah melengahkan perbicaraan dengan cara ini, sambil menambah bahawa beliau beranggapan Guan Eng sentiasa mengalu-alukan tindakan untuk membersihkan nama beliau secepat mungkin.

Terdahulu pada Khamis, Guan Eng berkata Nazri adalah seorang yang berani apabila nekad untuk berdebat dengan Dr Mahathir.
Guan Eng berkata keberanian Nazri berbeza dengan Abdul Rahman, yang dilabel sebagai 'ayam' kerana membatalkan debat awam yang dicadangkan tahun lepas.
"LGE terlupa saya telah banyak kali berdepan dengan Tony Pua, Rafizi, Sivarasah, Mujaheed, Yusmadi, Tian Chua secara umum dan saya berdebat dengan pembangkang di Parlimen," katanya, merujuk kepada beberapa ahli politik pembangkang.

Pada April tahun lepas, Abdul Rahman telah mencabar Guan Eng untuk berdebat secara terbuka mengenai kontroversi dan dakwaan rasuah mengenai isu hartanah di Pulau Pinang.

Beliau kemudian telah membatalkannya atas saranan SPRM dan Ketua Polis Negara.


Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.