Husni bertanding hanya cakap kedai kopi - Media Shah Alam Husni bertanding hanya cakap kedai kopi - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Sabtu, 25 Mac 2017

Husni bertanding hanya cakap kedai kopi

IPOH - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menolak spekulasi kononnya Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah akan kekal bertanding di kerusi itu pada PRU14.

Sebaliknya, beliau menyatakan ia hanya sekadar khabar angin dan cakap-cakap di kedai kopi dan yakin perkara itu tidak akan berlaku.

"Apa yang kita dengar hari ini (husni bertanding) hanya spekulasi atau cakap-cakap orang ramai di Tambun, lebih kepada khabar angin.

"Saya kenal beliau secara peribadi dan saya yakin beliau takkan melakukan perkara itu," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan pimpinan Umno Bahagian Tambun di Bangunan Umno negeri.

Pada Jun 2016 lalu, Ahmad Husni mengumumkan peletakan jawatan daripada kabinet sehinggalah semua jawatan dalam Umno sambil meminta semua pihak agar menghormati keputusannya atas sebab peribadi.

Dalam rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, tempat Ahmad Husni selaku Menteri Kewangan II digantikan Datuk Johari Abdul Ghani.

Ahmad Husni melepaskan jawatan Bendahari Umno, Bendahari Agung BN, Timbalan Pengerusi Umno Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN kawasan Parlimen Tambun.


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Husni bertanding hanya cakap kedai kopi Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam