Identiti,Jati Diri Kita Dalam TN50 - Media Shah Alam

Header Ads

Identiti,Jati Diri Kita Dalam TN50

ProgramTransformasi Nasional 2050 (TN50) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pembentangan Bajet 2017 adalah pelan transformasi Malaysia dalam mewujudkan visi baharu untuk negara. TN50 yang menetapkan jangka waktu 30 tahun merangkumi 2020 hingga 2050 ini adalah inisiatif pembangunan negara jangka panjang dengan matlamat melahirkan rakyat yang berkaliber dan mempunyai minda baharu.

Pelan ini tentunya akan membabitkan 1.5 juta generasi muda dalam melakukan transformasi ekonomi, kesejahteraan rakyat, teknologi, interaksi sosial, pengurusan dan pentadbiran kerajaan. Ada lima bidang keberhasilan utama sebagai perbincangan, secara ringkas merangkumi identiti, sosial, ekonomi, inovasi dan politik.

Bidang pertama sebagai asas perbincangan ialah matlamat untuk mempunyai masyarakat inklusif, terbuka dan bersemangat.

Melalui bidang ini, ia meletakkan perbincangan mengenai nilai dan identiti Malaysia dalam era kecemerlangan dan kesejahteraan masa depan. Perbincangan ini jugaberkait dengan matlamat kesejahteraan sosial, pemacuan ekonomi,inovasi teknologi dan peranan kerajaan dalam pentadbiran digital.

Identiti merujuk kepada sifat atau ciri pada seseorang atau sesuatu yang sebagai suatu keseluruhan (masyarakat, bangsa) memperkenalkanhya atau mengasingkannya daripada yang lain.

Sementara jati diri merujuk kepada makna keperibadian tulen dan murni serta tidak bercampur dengan keperibadian lain. Kedua-duanya ada persamaan umum melihat kepada sifat dan ciri.

Tetapi, ada perbezaan konotatif antara dua istilah ini. Identiti disamping mengekalkan sifat khusus tetapi masih membuka ruang untuk menjangkau keluar.

Sementara jati diri mempertahankan keaslian dan menutup ruang untukmelihat keluar. Perkembangan ekonomi pada masa depan akan lebih ditentukan kepada dua perkara iaitu gelombang liberalisasi global dan utilitarianisme.

Gelombang liberalisasi global mewujudkan ekonomi pasaran terbuka dan rantaian saling keterkaitan setiap pelosok dunia.

Capaian maklumat yang deras membuatkan tiada daerah terlepas daripada kesan sejagat. Neara kaya akan lebih banyak dapat kelebihan dan pengaruh, malah mendominasi hala tuju dunia.

Namun, tidak dinafikan akan kebaikan liberalisasi global dalam mempeij uangkan hak asasi, alam sekitar dan pembangunan setara.

Utilitarianisme pula meletakkan setiap sesuatu berdasarkan nilai yang boleh dijual beli di pasaran. Masyarakat dunia lebih terhala kepada nilai kebendaan dan penghargaan serta pemujaan lebih terarah kepada nilai wang dan material yang terbesar. Setiap benda dan perkara diukur berasas nilainya sebagai komoditi, sekali gus mewujudkan apa yang disebut sebagai komoditifikasi.

Ia mewujudkan kekuasaan pasaran modal dan pemilik modal ke atas majoriti masyarakat dunia. Pada masa sama, utilitarianisme juga mengatur perbandaran lebih kemas dan baik, sekaligus mewujudkan infrastruktur yang memberi kemudahan canggih dan selesa.

Pengaruhi masyarakat Kedua-dua wajah ekonomi masa depan ini ada buruk dan baiknya.
Pembentukan TN50 akan berdepan wajah ekonomi masa depan ini dan jelas akan mempengaruhi bentuk identiti dan jati diri masyarakat Malaysia masa depan.

Persekitaran hidup dan suasana keija generasi masa depan yang terkait langsung dengan suasana ekonomi, malah berada di dalamnya dan diacu oleh sistem ekonomi global akan membentuk identiti mereka untuk sejajar dengan wajah ekonomi baharu.

Apa yang dilihat daripada pengaruh perubahan dunia global terutama oleh kesan ekonomi ini ialah kemunculan wajah hibriditi dalam rupa budaya dan identiti masyarakat.

Hibriditi adalah karekteristik budaya sepadan dengan globalisasi, malah adalah sikap dan sifat globalisasi itu sendiri.

Hibriditi menetapkan ciri-ciri setiap budaya wujud dalam semua budaya, pada masa sama membuka ruang untuk media dan pasaran memanfaatkan rantaian berkesan ini bagi memasarkan komoditi kepada komuniti tempatan di seluruh dunia. Hibriditi juga adalah bahagian daripada ekonomi pasaran.

Hibriditi adalah pelakuran budaya disebabkan kesan globalisasi,yaluii pembauran budaya tempatan, budaya imigran, kolonial, dominan malah budaya etnik serta subbudaya dari seluruh pelosok dunia.

Kenderaan yang membawa kepelbagaian budaya ini ialah teknologi komunikasi maklumat yang menghapuskan segala sempadan dan tembok hubungan yang ada sebelum ini.

Kepelbagaian budaya dalam setiap masyarakat, bercarnpur, bergaul, berbaur dan terlakur untuk memunculkan budaya baharu yang longgar.

Sebagai wacana hubungan antara budaya, hibriditi menjadi pemangkin kepada pertukaran yang membawa kepada transformasi budaya dan memberi manfaat kepada semua. Hibriditi bukan sebagai pengekor globalisasi tetapi logika kebudayaan daripada globalisasi.

Hibriditi bukan suatu bentuk hegemoni dan juga pascahegemoni. Hibriditi adalah kerangka besar transbudaya yang bebas dan deras dalam dunia komunikasi tanpa sempadan. Hibriditi adalah juga transekonomi pasaran bebas.

Pembentukan identiti TN50 akan berdepan cabaran ini; yakni pencernaan identiti baharu yang terkandung sifat hibriditi dalam hubungannya dengan logika budaya global. Di sini muncul persoalan malah mungkin percanggahan dengan status quo yang melihat identiti masyarakat berasaskan sejarah, keturunan dan agama.

Penyesuaian terhadap logika budaya global ini boleh dilakukan dengan berhemah tanpa menolak dan membuang identiti berasaskan sejarah, keturunan dan agama. Disini jati diri dapat memainkan peranan pengukuhandalam mempertahankan keaslian atau ciri autentik yang terus kekal dalam keunikan dan keperibadiannya yang tersendiri.
Oleh SM Zakir
Pemegang Anugerah Penulisan Asia Tenggara SEA Write 2011

Berita Harian Khamis 2 Mac 2017 MS 10

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.