Intipati Laporan Tahunan Bank Negara 2016 - Media Shah Alam

Header Ads

Intipati Laporan Tahunan Bank Negara 2016

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Berikut adalah intipati Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2016:

* Ekonomi Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan yang mampan sebanyak 4.3 peratus hingga 4.8 peratus pada 2017

* Bank Negara Malaysia mengumumkan dividen sebanyak RM2.5 bilion kepada kerajaan bagi tahun 2016.

* Akaun semasa dijangka mencatat lebihan sebanyak 1.0-2.0 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar pada 2017.

* Inflasi dijangka mencatatkan purata yang lebih tinggi dalam julat 3.0 peratus kepada 4.0 peratus pada 2017.

* Eksport kasar diunjur meningkat sebanyak 5.5 peratus pada 2017 berbanding 1.1 peratus pada 2016.

*Import kasar dijangka naik 6.4 peratus berbanding 1.9 peratus pada tahun lepas.

* Eksport dan import Malaysia diunjur kukuh pada 2017, disokong oleh peningkatan unjuran pertumbuhan global, harga komoditi dan permintaan dalam negeri yang mampan.

* Imbangan perdagangan akan kekal lebihan pada tahun 2017 dengan 86.4 peratus daripada 87.3 peratus.

* Secara keseluruhannya pada tahun 2016, nilai ringgit menyusut sebanyak 4.3 peratus dan berakhir pada RM4.486 berbanding dolar Amerika.

* Jumlah aset Bank Negara Malaysia sebanyak RM451.0 bilion dengan rizab antarabangsa berjumlah RM423.9 bilion (US$94.5 bilion).

* Rizab antarabangsa kekal mencukupi untuk memudahkan urus niaga dan memadai untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

* Hutang luar negeri Malaysia berjumlah RM908.7 bilion, bersamaan dengan US$200,6 bilion atau 73.9 peratus daripada KDNK pada akhir 2016 (2015:RM833.8 bilion).

* Kadar pengangguran meningkat kepada 3.5 peratus pada 2016 daripada 3.1 peratus berikutan peluang pekerjaan yang lebih perlahan dalam pertumbuhan ekonomi yang lebih sederhana.

* Sektor perkhidmatan mencatat pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 5.6 peratus pada 2016 daripada 5.1 peratus pada 2015, disokong oleh pertumbuhan dalam semua subsektor.

— Bernama

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.