Najib Arah Selesai Masalah ETS - Media Shah Alam

Header Ads

Najib Arah Selesai Masalah ETS

KUALA LUMPUR 2 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) segera mencari jalan penyelesaian terhadap Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan sistem pembelian tiket secara dalam talian pengangkutan awam itu yang sering menghadapi masalah.

Perdana Menteri berkata, beliau juga mengarahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya memantau masalah itu dengan teliti serta melaporkan kepadanya dengan segera.

“Saya terima banyak komen dan maklum balas ketidakpuasan hati pengguna dengan perkhidmatan KTMB. Salah satunya mengenai ETS dan sistem pembelian tiket secara dalam talian yang seringkali bermasalah, tidak mesra pengguna dan kadang-kadang tidak boleh diakses.

“Ini bukan perkara sukar untuk diatasi dan tidak sepatutnya berlaku di zaman teknologi hari ini,” katanya dalam akaun Facebook beliau semalam. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.