Keceluparan Azmin Ali Seberang Jaya Goyang - Media Shah Alam

Header Ads

Keceluparan Azmin Ali Seberang Jaya Goyang

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

PERGOLAKAN besar antara PAS dan PKR menarik perhatian ramai pihak terutamanya pemerhati politik semasa terdiri dikalangan pengamal media sosial(Portal,Facebook) berkaitan kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri,Pulau Pinang (DUN) dalam kawasan Pilihan raya Parlimen Permatang Pauh,Seberang Jaya ,Permatang Pasir,Penanti.

Walaupun hubungan PAS dan PKR akan ditentukan pada Muktamar pada April ini yang akan diadakan di Kedah,namun,kata-kata pedas Menteri Besar Selangor,Azmin Ali “Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur.” merupakan satu petunjuk kuat kedua-kedua parti itu sedang berperang dan kata-kata itu dijangka tidak dapat mengembalikan kejernihan malah tanda-tanda putusnya kerjasama politik hampir pasti.

Azmin Ali mungkin tidak menjangka kata-katanya itu merupakan bala besar kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Di DUN Seberang Jaya majoriti 2,459 yang diperolehi pada PRU13 lalu sebahagiannya melalui sokongan ahli PAS.

Pada PRU13 walaupun pertandingan tiga penjuru berlaku ia tidak memberi kesan besar kepada PKR dan Barisan Nasional berikutan BEBAS hanya memperolehi 251 undi(Hilang Deposit)

Meneliti sejarah kemenangan di Seberang Jaya pemimpin PKR terutamanya ADUN dikawasan itu pasti bimbang kerana kemenangan lalu disokong penuh PAS dan pastinya majoriti 2,459 tidak akan kekal jika kebangkitan tsunami Melayu PAS seperti kibaran bendera ditiup angin.
Mengikut data ketika Dato’ Arif Shah Omar Shah bertanding,Melayu 62,36 peratus, Cina 23.97 peratus, India 13.13 peratus manakala kaum lain 0.54 peratus.

Dengan jumlah peratus pengundi Cina 23.97 DUN Seberang Jaya agak sukar bagi PAS untuk menumbangkan calon PKR pada PRU14 jika satu lawan satu.

Tidak mustahil kerusi DUN Seberang Jaya akan tumbang atau menang dengan majoriti tipis jika pertandingan tiga penjuru iaitu PKR,PAS,BN.Lagi tercabar kedudukan PKR Seberang Jaya kiranya terjadi pertandingan lima atau empat penjuru

Oleh itu tidak mustahil PKR akan menyenaraikan kawasan pilihan raya (Seberang Jaya) kawasan tidak selamat sekiranya PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Kini kedudukan DUN Seberang Jaya yang dimenangi PKR pada pilihan raya lepas (PRU13) hanya bergantung harap kepada pengundi Cina semata-mata.

Peluang ini perlu diterokai BN sepenuhnya dengan menggerakan jentera seawal mungkin bagi memastikan kelangsungan hayat PKR terkubur.-Hot Kelate

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.