Keganasan Terhadap Rohingya Tak Masuk Akal - Media Shah Alam Keganasan Terhadap Rohingya Tak Masuk Akal - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Rabu, 1 Mac 2017

Keganasan Terhadap Rohingya Tak Masuk Akal

YANGON - MYANMAR. Wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kesal tindakan keganasan dan penganiayaan terhadap penduduk Islam Rohingya serta menggesa Myanmar untuk menghentikan tindakan keras ke atas mereka.

Yanghee Lee, duta PBB untuk misi ke Bangladesh bagi melawat Rohingya yang melarikan diri ke negara jiran berkata, beliau telah mendengar pelbagai dakwaan mengerikan yang membuktikan keganasan terhadap kumpulan minoriti itu adalah jauh lebih luas daripada apa yang diketahui.

"Saya sangat terkesan dengan kisah seorang ibu yang menyangka anak lelakinya telah dibawa keluar daripada rumah mereka yang sedang terbakar. Meskipun anaknya berjaya diselamatkan, tetapi kesan dan parut terbakar kekal sepanjang hayat," katanya.


Lee menuduh Myanmar meneruskan sikap diskriminasi dan menggesa pegawai di negara itu untuk menyiasat pencabulan hak bagi mencegah berulangnya penderaan Rohingya.

Beliau yang menamatkan lawatan empat hari ke Bangladesh Jumaat lalu juga mendengar banyak kejadian ngeri akibat tindak keras tentera yang bermula di negeri Rakhine sejak Oktober lalu hingga memaksa puluhan ribu penduduk lari ke kem pelarian di Cox Bazar. - Press TV-Sinar Harian


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Keganasan Terhadap Rohingya Tak Masuk Akal Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam