Kenapa Tun M Boleh Bangunkan Negara Tanpa GST Dan Hutang Tinggi? - Media Shah Alam

Header Ads

Kenapa Tun M Boleh Bangunkan Negara Tanpa GST Dan Hutang Tinggi?

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

PADA zaman pemerintahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan pada dasarnya tidak mempunyai hutang langsung yang banyak kerana beliau membina semua Lebuh Raya, Putrajaya, pengangkutan awam termasuk LRT, ERL melalui "public–private partnerships" atau "private finance initiative" (PFI).

Namun demikian, apa yang berlaku sebaliknya adalah syarikat konsesi dibenarkan untuk ‘menekan’ rakyat sesuka hati, malah sekiranya mereka gagal untuk ‘memeras ugut’ rakyat melalui kenaikan tambang dan tol, maka mereka meminta kepada kerjaan, dan harus bayar kepada syarikat-syarikat ini.
Difahamkan, Tun Dr Mahathir juga membuat perjanjian yang akan meningkatkan jumlah pampasan pada masa hadapan, dan yang hanya menguntungkan kroni. Perkara itu sudahpun berlaku sekarang.

Beliau juga turut membenarkan tuntutan kenaikan yang tidak munasabah kepada kemampuan rakyat, kemudia apabila perkara ini menjadi isu politik dan menimbulkan kesulitan, maka kerajaan terpaksa bayar pampasan kepada pemilik konsesi.

Sebagai contoh, kerajaan telah membayar sehingga RM 4bilion pampasan kepada syarikat konsesi tol sahaja sejak 15 tahun lalu.
Sementara itu, berbeza dengan pendekatan yang dibuat oleh Perdana Menteri kini, Datuk Seri Najib Tun Razak pula Najib Razak, apabila beliau membina infrastruktur seperti MRT, Lebuh Raya Pan Borneo, keretapi pantai timur dan sambungan LRT melalui pinjaman langsung kerajaan, justeru tiada lagi perjanjian konsesi yang menindas rakyat dan menguntungkan kapitalis secara berleluasa.

Oleh sebab itu, hutang kerajaan turut meningkat, tetapi positifnya rakyat mengetahui jumlah bayaran yang perlu dibayar sekaligus mengelak dari ancaman pihak kapitalis yang mahu menaikkan harga menjelang pilihan raya atau perjanjian konsesi berat sebelah.

Dalam pada itu, umum mengetahui bahawa sistem LRT projek Star dan Putra LRT diambil alih oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), masing-masing dengan kos RM3.3 bilion dan RM4.5 billion yang perlu ditanggung oleh kerajaan selepas Tun Dr Mahathir bersara.

Justeru, hutang negara semakin bertambah kerana Tun Dr Mahathir terlampau cerdik tidak mahu kerajaan berhutang tetapi membenarkan swasta berhutang dengan kadar faedah yang lebih tinggi, malah apabila syarikat-syarikat ini rugi atau gulung tikar, maka kerajaan terpaksa membelanjakan kos yang lebih besar dari kos pembinaan untuk menyelamatkan projek-projek infra ini.

Jadi, persoalannya, di manakah logiknya Tun Dr Mahathir membuat pembangunan dengan tidak menyusahkan rakyat, tidak perlu melaksanakan GST dan tidak berhutang?
Malah, sekarang juga Kerajaan Persekutuan perlu membayar sewa Putrajaya hampir RM 2 bilion setahun selain menanggung kos pampasan sebanyak RM 2.9 bilion apabila menghalang ERL milik kroni Tun Dr Mahathir, YTL Group menaikkan kadar tambang.

Selain itu, rakyat juga perlu tahu bahawa syarikat ERL akan memperoleh RM 5 setiap kali pengguna KLIA membayar cukai lapangan terbang.
Memang benar Tun Dr Mahathir berupaya membangunkan negara tanpa mengenakan GST, namun sebaliknya kerajaan dan rakyat pada masa kita yang perlu menanggung akibatnya dengan terpaksa membayar pampasan bernilai billion ringgit.

Artikel di atas diolah dari penulisan pengguna Facebook, Ab Jalil Backer-KLXPRESS

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.