Kerajaan sumbang RM5 juta kepada CuepacsCare – PM Najib - Media Shah Alam Kerajaan sumbang RM5 juta kepada CuepacsCare – PM Najib - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Khamis, 23 Mac 2017

Kerajaan sumbang RM5 juta kepada CuepacsCare – PM Najib

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Kerajaan akan menyumbang RM5 juta kepada Program Takaful CuepacsCare tahun ini bagi menampung kenaikan kos perkhidmatan kesihatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata skim perlindungan yang merupakan alternatif kepada penjawat awam bagi mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta itu telah memberi manfaat kepada kira-kira 73,000 kakitangan kerajaan, di samping mengurangkan kesesakan yang dialami di hospital kerajaan.

“Kita lihat bahawa ada cadangan untuk kenaikan yuran skim ini tetapi saya ingin maklumkan bahawa kerajaan akan terus membantu skim ini walaupun kos kesihatan melambung tinggi.

“Tahun ini, kerajaan akan sumbang RM5 juta kepada skim ini untuk menampung segala kenaikan yang bakal dihadapi,” katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan ‘Budi Disemai, Jasa Disanjung’ bersama Perdana Menteri dan penerima manfaat CuepacsCare anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini hari ini.

Najib bagaimanapun berharap caruman bagi skim perlindungan berkenaan akan kekal dengan harga yang rendah dan terus mampu dimiliki golongan penjawat awam di negara ini.

Perdana Menteri juga meminta Cuepacs dan syarikat insurans Sun Life Malaysia Takaful Berhad yang mengendalikan skim tersebut supaya berbincang dan mencari jalan terbaik bagi memastikan caruman skim tersebut kekal rendah.

Program Takaful CuepacsCare yang menawarkan pelan pelindungan serendah RM85 sebulan bagi satu keluarga telah membelanjakan RM201 juta nilai tuntutan sehingga tahun lepas.

Dalam pada itu Najib berkata hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) juga turut membantu menampung kos perkhidmatan kesihatan yang berjumlah kira-kira RM22 bilion setahun, sekali gus mengurangkan perbelanjaan tahunan negara untuk sektor kesihatan.

“Kita terpaksa belanja kira-kira RM22 bilion setahun untuk perkhidmatan kesihatan namun kita cuma kutip dalam RM400 juta hingga RM500 juta setahun sahaja. Maknanya RM21.5 bilion terpaksa ditampung kerajaan.

“Sebab itu kalau orang tanya bila kita kenakan GST dan di mana hasil GST itu digunakan, jawapannya antaranya menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk rakyat Malaysia. Jadi kita tak bolehlah politikkan kutipan GST kerana kalau kita tak naikkan kos rawatan kesihatan awam, kita terpaksa tampung hasilnya daripada sumber-sumber lain,” katanya.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda menjelaskan bantuan RM5 juta itu akan digunakan bagi menampung lebihan tuntutan pembiyaan perlindungan sekiranya diperlukan.

Selaras dengan sumbangan tersebut, Azih berkata Cuepacs menyasarkan seorang penjawat awam mempunyai sekurang-kurangnya satu skim perlindungan takaful yang mampu dibiayai.

— Bernama


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Kerajaan sumbang RM5 juta kepada CuepacsCare – PM Najib Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam