Kesian Dengan Lelaki Itu - Media Shah Alam Kesian Dengan Lelaki Itu - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Rabu, 1 Mac 2017

Kesian Dengan Lelaki Itu

Semalam aktor terkenal, Datuk Hans Isaac telah mengumumkan bahawa dia akan berkahwin dengan bekas Ratu Pelancongan Malaysia 2011, Aileen Gabriella Robinson atau lebih dikenal sebagai Gabby pada Julai ini.

Hari ini pula gempar apabila seorang lelaki yang mendakwa bekas teman lelaki kepada Gabby, Robin Coenraad, telah mengeluarkan pengakuan di laman sosial.

Pengakuan itu dikongsikan di laman Facebook dipercayai miliknya.




Namun Hans Isaac juga telah berkongsi gambar bersama kapsyen di laman instagram miliknya untuk mengulas kontroversi yang ditulis oleh Robin dengan berkata;

“Agak dukacita apabila ada orang yang tidak boleh menghormati hari bahagia buat Gabby dan saya, seseorang itu tergamak berbuat demikian bila mana hubungan yang sudah diputuskan setahun lalu diwar-warkan menerusi laman sosial dalam usaha untuk menjatuhkan reputasi orang lain.

“Benda ini memang saya tak jangkakan langsung akan berlaku. Lelaki ini (Robin) mungkin tiada benda yang dia nak buat jadi dia mula menggunakan medium media sosial untuk meraih perhatian.

“Merosakkan nama baik insan yang saya sayangi, memang saya tak jangkakan perkara ini. Apa yang boleh saya katakan, saya cukup kasihan dengan lelaki tersebut.”

Hans berkata lagi bahawa dia akan berkahwin dan mengharapkan orang ramai juga turut bahagia untuknya dan Gabby.

Untuk info, pasangan ini telah bertunang pada 29 Januari lalu ketika bercuti di singapura.


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Kesian Dengan Lelaki Itu Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam