Korea Utara Tidak Ganggu Tahanan Rakyat Malaysia - Media Shah Alam Korea Utara Tidak Ganggu Tahanan Rakyat Malaysia - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Jumaat, 31 Mac 2017

Korea Utara Tidak Ganggu Tahanan Rakyat Malaysia

SEPANG: Rakan-rakan diplomat di Korea Utara merupakan sumber sokongan dan bantuan terbaik dalam waktu sukar, kata kaunselor Malaysia ke Korea Utara.
Mohd Nor Azrin Md Zain mengucapkan terima kasih kepada kedutaan Vietnam, Indonesia, Laos, Kemboja, Pakistan, Poland dan Sweden kerana menyediakan bantuan, termasuk makanan.
“Kami tidak diganggu pihak berkuasa Korea Utara, mereka memberitahu kami bahawa kehidupan berjalan seperti biasa.
“Tetapi hakikat kami tidak dibenarkan untuk pulang ke tanah air sememangnya membimbangkan,” katanya kepada pemberita, selepas sejam tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal pagi Jumaat.
“Saya tidak menafikan bahawa apabila kerajaan Korea Utara mengenakan larangan itu, kami menganggapnya serius kerana kami tidak melakukan sebarang kesalahan,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Nor Azrin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di atas usaha membawa dia dan rakyat Malaysia yang lain pulang ke tanah air.
Mohd Nor Azrin berkata, mereka harus menguatkan semangat kerana menyedari ahli keluarga pastinya bimbang tentang keadaan mereka.
“Kami mahu menghabiskan masa dengan ahli keluarga kami sekarang,” katanya.
Penerbangan yang membawa sembilan rakyat Malaysia itu tiba di KLIA pada pukul 5.30 pagi Jumaat, selepas berlepas dari Pyongyang, Korea Utara pada pukul 7.45 malam Khamis waktu Malaysia.
Kesemua rakyat Malaysia hidup dalam keadaan tidak menentu di Korea Utara selama 24 hari, selepas larangan meninggalkan negara itu dikeluarkan pada 7 Mac lalu.
Mohd Nor Azrin berkata, kesemua mereka bagaimanapun bebas bergerak di Pyongyang dan meneruskan tugas harian seperti biasa.
Ditanya adakah ia seperti bagaikan mimpi ngeri, beliau berkata, mereka tahu apa yang sedang berlaku dan masing-masing menguatkan semangat.
“Kami sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain, kami begitu rapat seperti keluarga,” katanya.
Mengenai sama ada beliau akan mempertimbangkan untuk kembali ke Pyongyang, Mohd Nor Azri berkata, beliau akan mengikut arahan.-mStar


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Korea Utara Tidak Ganggu Tahanan Rakyat Malaysia Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam